Solat Tahajjud (disebut Qiyamullail, bagi sesetengah orang) merupakan sarana berkomunikasi seorang muslim dengan Rabbnya, di mana ia merasakan keleazatan munajat dengan Pencipta, berdoa, beristighfar, bertasbih, dan memuji-Nya. Dengan harapan kiranya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mempermudah semua aspek kehidupan hamba-Nya, baik pribadi, keluarga, masyarakat maupun negara. Begitu pula aspek dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya maupun politik. Dia akan dekat dengan Rabbnya, diampuni dosanya, dihormati sesama, dan menjadi penghuni surga yang disediakan untuknya.
Diperturunkan dan disajikan firman-firman Allah dan Hadith-Hadith Nabi keutamaan qiyamullail. Semoga memberikan motivasi kepada kita menjadi orang yang dekat dengan Allah, mulia di sisi Allah dan di sisi manusia dan akhirnya menjadi penghuni Syurga.
Di antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu:
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
- “Ahli-ahli
Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk
Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka
membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud
(mengerjakan sembahyang)
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 113 – 115)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃÂ ertinya:Â
- “Katakanlah
(wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang
lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa
disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredhaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan
hamba-hambaNya.
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran: 15 – 17)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
-
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu
gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang
subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.” (Al Isra: 78-79)
Allah سبحانا وتعاﱃ berfirman ertinya:
- “Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahmaan (yang diredhaiNya), ialah mereka yang
berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,” (al-Furqan: 63-64)
Allah سبحانا وتعاﱃ berfirman maksudnya:
- “Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan
taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan
mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.” (As-Sajadah: 15-17)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
- “(Engkaukah
yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu
malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya?” Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar: 9)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
- “Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman
Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (As-Dzariyat: 15-19)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ maksudnya:
-
“Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh
mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu
(terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.” (Qaaf: 39-40)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
- “Dan
(dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum
Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap
terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami dan bertasbihlah
dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).” (Ath-Thur: 48-49)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ maksudnya:
- “Wahai orang yang berselimut!
- Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartiil”.
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerusi siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat tiada Tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.” (Al-Muzammil: 1-6)
Firman Allah سبحانا وتعاﱃ ertinya:
- “Oleh
itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh
kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak
orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang.
Dan (dengan apa keadaan pun, maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.” (Al-Insaan: 24-26)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى maksudnya:
- Daripada
Abu Hurairah r.a. Rasulullah موسل عليه الله صلى bersabda: “Pada setiap
malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit
dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan
menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan
siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
- “Sesungguhnya
sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah
malam. Oleh sebab itu, jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk
orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
-
“Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajjud). Sebab hal itu
telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan
kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya,
sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.” (HR Tarmizi)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
-
“Daripada Mughirah bin Syukbah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah موسل عليه الله صلى pernah beribadah di malam hari hingga
kedua kakinya bengkak.” Lalu sahabat bertanya: “Mengapa engkau lakukan
ini wahai Rasulullah, bukankah dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan
datang telah diampuni oleh Allah سبحانا وتعاﱃ?” Baginda menjawab: “Tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah.?” (HR Ima ahli kecuali Abu Daud)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
-
“Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang
sahabat kepada Rasulullah موسل عليه الله صلى, bahawa ada seseorang yang
sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk
solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh
syaitan.” (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)
Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
- Dari
Abu Hurairah r.a. ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah موسل عليه الله
صلى bersabda: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu iaitu solat
tahajjud.” (HR Muslim)
Solat tahajjud mempunyai kelebihan menjadikan seseorang tidak pelupa, suka beribadah dan suka bersedekah. Sabda Rasulullah موسل عليه الله صلى ertinya:
- “Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawa
Rasulullah موسل عليه الله صلى pernah bersabda: “Barangsiapa solat malam
dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka tidaklah ia akan dicatat
sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan
membaca seratus ayat al-Quran, maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin
iaitu orang yang gemar beribadah. Barangsiapa yang solat malam dengan
membaca seribu ayat al-Quran, maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu
orang kaya yang suka bersedekah.” (HR Abu Daud)
Demikianlah Rasulullah موسل عليه الله صلى telah menerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah سبحانا وتعاﱃ. Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat:
- “Amalan apakah yang paling
afdal ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Seafdal-afdal amalan iaitu
berdiri lama dalam solat malam.” (HR Abu Daud)
- Rasulullah
موسل عليه الله صلى solat malam sebanyak sepuluh rakaat, di tambah satu
rakaat solat witir dan dua rakaat solat sunat fajar. Semuanya tiga belas
rakaat.” (HR Muslim)
Seorang yang ingin mulia di sisi Allah dan di sisi manusia hendaknya ia membiasakan qiyamullail. Wajahnya akan ceria, karena dia bermunajat dengan Ar-Rahman, sehingga terpancarlah nur dari wajahnya. Maka ia akan dicintai oleh sesama manusia karena Allah mencintainya. Dengan wajah yang berseri-seri, mengucapkan salam, menghulurkan bantuan dan silaturahim, dan pada malam hari memohon kepada Allah diawali dengan qiyamullail, namun mereka yang konsisten melaksanakan qiyamullail sangat sedikit jumlahnya.
Inilah yang dapat disajikan tentang urgensi qiyamullail. Semoga memberikan motivasi kepada kita menjadi orang yang dekat dengan Allah, mulia di sisi Allah dan di sisi manusia dan akhirnya menjadi penghuni syurga.
Untuk kejayaan Islam; demi berkibarnya panji-panji Muhammad dan tersebarnya rahmat Allah, bangunlah di sepertiga malam terakhir.
Ketuklah pintu langit. Jika berjuta tangan mengetuk untuk satu tujuan, satu keinginan, akan terasa kuat getaran dan gedorannya. Dan Allah tidak pernah ingkar janji.
Semoga kita termasuk kelompok ini yang dapat masuk surga Allah.
:::: 14 Safar 1432 ::::
[ Semua Gambar Adalah Hiasan ]
__________________________________
Disunting Dari:
http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/munajat-dikesunyian-malam/
Dan
http://muchlisin.blogspot.com/2009/03/mengetuk-pintu-langit-di-sepertiga_12.html
Shared By Bicara Hidayah
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. “[Al-Ahzab: 56]