Tuesday, January 11, 2011

PUASA BERKESAN BENTUK INSAN CEMERLANG

Ufuk Minda:
Bersama Prof Dr Sidek Baba
AL-QURAN dalam surah al-Baqarah, ayat 183 memberikan asas penting mengenai amalan puasa dalam membangun jiwa muttaqin. Penegasan al-Quran adalah wajar kerana roh manusia perlu dibimbing daripada tahap nafsu yang haiwani ke arah nafsu insani.


JIWA MUTTAQIN
    Proses pemurniaan jiwa (tazkiah an nafs) adalah jalan membangun jiwa muttaqin. Jiwa muttaqin bakal merintis jalan hidup ke arah kecemerlangan. Dalam surah al-Hujurat, ayat 13, Allah memberikan asas bahawa manusia yang terbaik atau cemerlang di sisi-Nya ialah orang yang muttaqin.
     

Monday, January 10, 2011

IMAN SEBAGAI BENTENG AGAMA

SETIAP
kejadian yang berlaku di dunia ini mestilah dikaitkan dengan konsep wujudnya Allah sebagai Pentadbir segala sesuatu. Peristiwa kelahiran manusia mahupun binatang yang asalnya tiada kepada ada dan pasti menempuhi detik masa dinamakan penamat kehidupan membuktikan pasti ada yang mengaturnya.

Fenomena kejadian alam yang silih berganti antara malam dan siang, penghasilan tanaman dan tumbuhan untuk kegunaan makhluk bernyawa, proses perkembangan taraf kemajuan manusia juga adalah petunjuk adanya Pentadbir alam ini.

Kitab suci al-Quran membongkar segala persoalan yang pasti hanya akan diketahui oleh pengkaji ayat-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
    “Sesungguhnya pada langit dan bumi ada tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, ada juga tanda (membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang meyakininya. Dan pada pertukaran malam dan siang, silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin (semuanya itu mengandungi) tanda (membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 3-5)


NALURI INGIN BERAGAMA

Jiwa manusia beriman sudah ditanam dalam sanubarinya perasaan yakin akan kewujudan Allah dan pastinya perasaan itu adalah fitrah yang dicampakkan ke dalam hati insan yang diberi petunjuk oleh-Nya. Hal itu dijelaskan ulama sebagai naluri ingin beragama.

Firman Allah yang bermaksud:
    “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan, (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya.” (Surah al-Rum, ayat 30)

Naluri manusia untuk memperakui ketuhanan Rabbul Jalil turut dinyatakan melalui firman Allah yang bermaksud:
    “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu melahirkan zuriat Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya), bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi, yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi pengingatan) mengenai (hakikat Tauhid) ini.” (Surah al-A’raaf, ayat 172)

SOLAT SUNNAH TAUBAT

KITA sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan pelbagai kesilapan. Dan adakalanya mungkin terjerumus ke dalam persoalan yang dilarang, yang mengakibatkan dosa, atau perkara yang dibenci oleh Allah سبحانا وتعاﱃ   Oleh itu Allah سبحانا وتعاﱃ  dengan sikapnya yang Maha Pengasih, dan Maha Pengampun sentiasa memberikan ruang kepada hambanya untuk kembali kepada fitrah dan membersihkan diri dari pelbagai kesilapan, ketergelinciran dan kesalahan.

    “Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir.”[1] (Surah Ali Imran, 3: 131)

KAEDAH MEMELIHARA DIRI DARI API NERAKA


Antara cara dan kaedah memelihara diri daripada ancaman api neraka Allah, menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di di dalam tafsirnya terhadap ayat tersebut adalah:
    “Dengan cara meninggalkan hal-hal yang menjerumuskan ke dalamnya, berupa kekufuran dan kemaksiatan khususnya kemaksiatan yang besar, yang akan mengheret kepada kekufuran, bahkan ia merupakan sifat dari kekufuran yang telah Allah siapkan neraka bagi pelaku-pelakunya.

Maka meninggalkan kemaksiatan akan menyelamatkan dari api neraka dan menjaga diri dari kemurkaan Yang Mahakuasa.   Sedang perbuatan-perbuatan yang baik dan berbentuk ketaatan membuahkan redha Allah, ganjaran Syurga, dan memperolehi rahmat.” (Tafsir as-Sa’di, jil. 1, m/s. 545)

Di dalam ayat yang lain, Allah سبحانا وتعاﱃ  berfirman:
    “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah?  Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, 3: 135)

Dalam menafsirkan surah Ali Imran ayat 135, Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di menyatakan,
    “Telah terjadi perbuatan-perbuatan buruk yang besar atau yang kecil yang dilakukan oleh mereka, lalu mereka segera bertaubat dan meminta ampunan, mereka mengingat Rabb mereka dan ancaman-Nya bagi orang-orang yang berbuat maksiat dan apa yang dijanjikan bagi orang-orang yang berbuat maksiat dan apa yang dijanjikan bagi orang-orang yang bertaqwa.  Maka mereka memohon ampunan pada-Nya atas dosa-dosa mereka itu, menutup aib-aib mereka, di samping mereka meninggalkan hingga akar-akarnya dan menyesal atasnya.  Kerana itulah Allah berfirman, Maksudnya: “dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”.” (Tafsir as-Sa’di, jil. 1, m/s. 547-548)



ANTARA CARA MEMULAKAN TAUBAT


 
Oleh itu, antara cara untuk memulakan taubat adalah pertamanya dengan segera meninggalkan perbuatan keji/maksiat yang tersebut dan berusaha untuk tidak mengulanginya.  Dianjurkan juga untuk melaksanakan solat sunnah taubah/taubat.

Sebagaimana menurut ke-empat-empat mazhab, solat sunnah atas sebab bertaubat dari dosa adalah dianjurkan. (Rujuk Ibnu ‘Abidin, 1/462, ad-Dasuqi, 1/314, Asna al-Muthakib, dan Kasyaf al-Qanna’, 1/443. Dinukil dari Shahih Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 95)

Hal ini, adalah sebagaimana berdasarkan hadis berikut:

Dari Asma’ bin al-Hakam al-Fazari, dia menjelaskan:
    Aku pernah mendengar ‘Ali Radhiallahu anhu berkata: “sesungguhnya aku adalah seorang yang jika mendengar sebuah hadis dari Rasulullah, Allah akan memberiku manfaat dari hadis tersebut bersesuaian dengan kehendak-Nya.  Jika ada seseorang dari sahabatnya menyampaikan hadis, aku akan memintanya bersumpah.  Jika dia mahu bersumpah kepadaku, aku akan membenarkannya.  Sesungguhnya Abu Bakar telah memberitahuku, dia menyatakan dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, (Maksudnya): “Tidaklah seseorang melakukan sesuatu perbuatan dosa lalu dia bangun (bangkit) dan bersuci kemudian mengerjakan solat dan memohon ampunan kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan ampunan kepadanya.  Kemudian beliau membaca ayat (Maksudnya), “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, 3: 135)”.” (Diriwayatkan oleh at-Timidzi dalam Kitab Solat, no. 406. Abu Daud, Kitab al-Witr, no. 1521.  Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Kitab Shahihnya, 2/389-390.  Dinilai Sahih oleh Sheikh al-Albani di dalam Kitab Shahih Sunan Abi Daud, 1/283)

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah,
    “Solat taubat ini boleh dilakukan/dilaksanakan bila-bila masa sahaja, walaupun di dalam waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat, kerana taubat ini adalah wajib dilakukan dengan segera, dan pelakunya disunnahkan (dituntut) untuk mengerjakan (solat) dua rakaat.” (Fatawa Sheikhul Islam, 23/215)


KESIMPULAN

Maka, bagi mereka yang bertaubat atau ingin bertaubat, dianjurkan (disunnahkan) untuk melaksanakan sebagaimana yang ditunjukkan melalui hadis tersebut, iaitu dengan melakukan solat sunnah sebanyak dua rakaat dan kemudiannya memohon keampunan kepada Allah.

Wallahu a’lam.


:::: 6 Sya'ban 1431 ::::
<>

_______________________________
Rujukan:

1 – Ensiklopedi Solat Menurut al-Qur’an & Sunnah (Judul Asli: Sholaatul Mu’min Mafhuum wa Fadhaa’il wa Adab wa Anwaa’ wa Ahkam wa Kaifiyyah fii Dhau’il Kitab was Sunnah, oleh Sheikh Dr. Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahthani), Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i.

2 – Shahih Fiqih Sunnah (Judul Asli: Shahih fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-A’immah, oleh Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim), Terbitan Pustaka at-Tazkia.

3 – Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah s.a.w. (Judul Asli: Bughyatul Mutathawwi’ fii Shalaatit Tathawwu’, oleh Sheikh Muhammad bin ‘Umar bin Salim Bazmul), Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i.

4 – Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, oleh Sheikh Abdur Rahman bin Nashir as-Sa’di), Terbitan Pustaka Sahifa.

[1]  Kafir’ Tidak Dengan Sendirinya Berarti Orang Yang Tidak Beragama Islam. Definisi qur’aniyyah dari kata ‘orang kafir’, bisa kita temukan di surat Al-Kahfi ayat 100 dan 101.
Q.S. 18:100, “dan Kami tampakkan Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir (Al-Kafiriin) dengan jelas.”
Q.S. 18:101, “yaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari ‘zikri’ (diterjemahkan di terjemahan qur’an bahasa Indonesia dengan kata ‘memperhatikan’) terhadap tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.”

Dari dua ayat di atas, kita dapatkan definisi qur’aniyyah dari kata ‘kafir’. Al-Kafiriin, atau orang-orang kafir, adalah mereka yang matanya tertutup dari ‘zikri’ terhadap tanda-tanda kebesaran Allah, dan telinganya tidak sanggup mendengar.
Jika demikian, mata dan telinga mana yang tertutup? Jawabannya bisa kita dapatkan pada Al-Qur’an surat Al-Hajj (22) ayat 46.

Q.S. 22:46, “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qalb-qalb mereka (quluubun) yang ada di dalam dada.”

Dari definisi Qur’an tersebut, yang disebut ‘kafir’ bukanlah orang yang berbeda agama. Yang disebut kafir adalah mereka yang mata dan telinga qalb di dalam dadanya tidak berfungsi. Asal kata ‘kafir’ dan ‘kufur’ adalah ‘kafara’ yang artinya ‘tertutup’ (kata ini jkemudian diserap ke dalam bahasa Inggris menjadi ‘cover’ artinya penutup). ‘Kafir’ adalah mereka masih yang tertutup dari ‘Al-Haqq’ (kebenaran mutlak).

Definisi kafir itu luas dan tidak dibincang disini dengan detail.
___________________________________

Dipetik dengan sedikit tambahan pada nota kaki:

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=768&Itemid=75

Shared by Bicara Hidayah

MUKMIN SEJATI MESTI SABAR HADAPI UJIAN

SUATU hari, tiba-tiba Allah سبحانا وتعاﱃ  menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita.  Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dengan berprasangka baik kepada Allah سبحانا وتعاﱃ ?  Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah سبحانا وتعاﱃ  balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang hilang di tangan anda.


ALLAH SENTIASA MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK KITA

Allah سبحانا وتعاﱃ  sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita.  Adakah patut kita mendahului Allah سبحانا وتعاﱃ  dalam setiap pilihan-Nya?  Manusia berkata dalam hati: “Alangkah eloknya jika begini dan begini. “ Adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah سبحانا وتعاﱃ  Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya?  Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.


DAKWAH - DOA BERI KEKUATAN PERTAHAN HIDAYAH

MENUNTUT ilmu adalah suatu kefarduan kepada setiap individu Islam. Ini bertitik tolak daripada kepentingan ilmu dalam hidup manusia. Hal ini secara jelas dinyatakan dalam banyak ayat al-Quran mahupun hadis Rasulullah.


KAITAN HIDAYAH DENGAN ILMU; DOA
    Petunjuk atau hidayah mempunyai kaitan rapat dengan ilmu dan doa dalam proses perjalanan seorang hamba mendapat reda daripada tuhannya. Dengan sebab itu hidayah tidak akan diperoleh begitu saja melainkan ia perlu diusahakan dan pada masa sama ia juga adalah anugerah Allah hanya akan diberikan kepada sesiapa dikehendaki-Nya saja. Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad mengetahui Islam dibawa anak saudaranya bukan agama menyesatkan manusia, tetapi petunjuk Allah masih belum singgah meresap ke dalam hatinya untuk memeluk agama Islam. Lantaran itu beliau hanya bertindak mempertahankan Nabi Muhammad daripada ancaman bahaya golongan kafir Quraisy yang menyerang baginda sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Akhirnya Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan masih berpegang dengan agama Abdul Mutalib. Memang benarlah firman Allah dalam al-Quran: 
    “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki” (Surah Al-Qasas ayat 56) 
   

HARTA, PANGKAT PENGUJI TAHAP KEIMANAN

KITAB Sahih al-Bukhari, bab Ghazwah Hunain menyebutkan ketika Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم membahagi harta rampasan perang kepada orang Muhajirin sebanyak 100 ekor unta untuk setiap orang, ramai munafiqin yang bersuara: "Sungguh ini adalah pembahagian yang tidak adil."

Timbul pula fitnah dan cakap-cakap keji di belakang Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم  yang dihembuskan orang munafik mengenai kedudukan kaum Muhajirin dan Ansar yang dibezakan, mengapa kaum Muhajirin (orang Makkah) yang baru memeluk Islam itu diberi keutamaan oleh Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم .
Padahal, orang Ansar sudah banyak berkorban untuk kejayaan Islam berbanding mereka yang baru memeluk Islam.  Bahkan mereka mengatakan:
    "Sedangkan pedang kami masih berlumuran darah bagi membela Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم  ." Mereka mengungkitkan pembelaan tidak berbelah bagi kepada Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم .

Angin perpecahan dan antiperpaduan cuba ditiupkan oleh mereka yang hatinya rosak. Isu berbaur perkauman itu lantas ditangkis dengan cekap melalui pandangan politik Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم yang tajam dengan kaedah tarbiah nubuwwah.

Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم memanggil dan mengumpulkan kaum Ansar di Lembah Hunain lalu memberi mereka dua pilihan, apakah mereka memilih harta rampasan perang yang murah nilaiannya itu atau memilih untuk membawa pulang Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلمdan Baginda menjadi harta milik mereka?

SYUKUR ITU PERHIASAN PALING CANTIK


SESUNGGUHNYA orang yang memiliki ketajaman mata hati mengakui bahawa bencana dan seksa Allah tidak hanya dalam bentuk kelaparan, sakit, miskin dan muflis. Sesungguhnya bencana paling hebat ialah azab Allah bersifat maknawi, tidak nampak di mata manusia tetapi kesannya sungguh dahsyat dirasai.





BERSYUKUR KEPADA ALLAH BUKAN SAJA KETIKA 
SENANG TETAPI JUGA PADA SAAT 
MENGHADAPI UJIAN-NYA






Ia boleh membuat hati mereka tertekan seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud:

    "Barang siapa yang Allah menghendakinya mendapat petunjuk nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit." (Surah Al-An'am, ayat 125)

(4) BERSABARLAH WAHAI SAUDARAKU ...


KESABARAN itu tidak ada batasannya. Seorang mukmin diperintahkan oleh Allah سبحانا وتعاﱃ untuk bersabar. Tidak ada parameter yang menjadikan dia melepas kesabarannya. Definisi sabar menurut kamus Tasawuf adalah keadaan jiwa yang kokoh, stabil dan konsekuen dalam pendirian. Jiwanya tidak tergoyahkan, pendiriannya tidak berubah bagaimanapun berat tantangan yang dihadapi . Sedangkan menurut sa’id hawa, kesabaran dibagi tiga macam.


Pertama, sabar dalam ketaatan kepada Allah. Kedua, sabar dari kemaksiatan. Ketiga, sabar ketika mendapat cobaan .

Allah سبحانا وتعاﱃ berfirman dalam Al Quran :
    “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan salat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS Al Baqoroh [2]:153)

Seseorang yang sabar tidak akan pernah goyah jiwanya. Seorang mukmin yang sabar tidak akan menjual keimanannya meskipun diancam atau dibayar dengan apapun. Dia akan merasa puas dengan keimanannnya. Ketika dia faham akan islam, dia akan berusaha semaksimal mungkin untuk mempertahankan keimanan di dalam dadanya. Hanya Allah سبحانا وتعاﱃ yang menjadi tujuannya. Bukan harta, tahta atau wanita. Dia akan berdakwah dengan penuh kesabaran. Tidak akan sakit hati ketika orang lain mencaci maki dirinya. Namun akan bereaksi jika islam dicemooh atau dihina. Subhanallah.....

Saudaraku sekalian berikut 2 kisah tentang kesabaran yang mudah-mudahan menjadi penyejuk hati kita.

Selamat menikmati.


(2) BERSABARLAH WAHAI SAUDARAKU ...

SENANG, bahagia, suka cita, sedih, kecewa dan duka adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka dia akan senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka dia merasa sedih dan kecewa bahkan kadang-kadang sampai putus asa.

Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkaranya adalah baik. Hal ini diterangkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

    “Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.” (HR. Muslim)


(1) BERSABARLAH WAHAI SAUDARAKU ...


SEORANG muslim sejati tidak pernah terlepas dari tiga keadaan yang merupakan tanda kebahagiaan, yaitu bila dia mendapat nikmat maka dia bersyukur, bila mendapat cobaan maka dia bersabar dan bila berbuat dosa maka dia beristighfar. Sungguh menakjubkan keadaan seorang muslim. Bagaimanapun keadaannya dia tetap masih bisa menuai pahala.


BETAPA MULIANYA SABAR

Diantara ketiga keadaan ini datangnya cobaan demi cobaan terkadang membuat hati kita mendongkol, lisan menggerutu dan tangan melayang lempar sana, lempar sini, tonjok kanan tonjok kiri. Lalu apa hasilnya? Ingatlah saudaraku semoga Allah  merahmatimu, sesungguhnya Allah  menjanjikan kebersamaan-Nya yang istimewa bagi orang-orang yang mau bersabar.

Allah  Ta’ala berfirman,
    “Dan bersabarlah kalian sesunguhnya Allah  bersama orang-orang yang sabar.” (Al Anfal: 46)

(3) BERSABARLAH WAHAI SAUDARAKU ...


SABAR dan tetaplah bersabar wahai saudara-saudaraku kaum muslimin, dengan tetap memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan banyak memanjatkan doa kepada-Nya. Sebagaimana bimbingan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ummu Salamah ketika beliau tertimpa musibah:
    “Sesungguhnya kita milik Allah dan hanya kepada Allah kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik dengannya.” (HR. Al-Imam Muslim dari shahabat Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha)

Di sebuah tempat di negeri ini, seorang ibu berkerudung tengah duduk ditemani tiga anaknya. Di depannya tampak sebuah rumah yang hampir rata dengan tanah. Itulah harta berharganya yang telah terenggut oleh gempa. Hampir tak ada lagi yang tersisa setelah itu.

Namun sedikitpun tidak tampak gurat kesedihan pada dirinya. Padahal kini dengan sisa harta yang tidak seberapa, dia harus berjuang untuk hidup. Ia pun mesti mengubur dalam-dalam bayang kenyamanan tinggal di sebuah rumah. Karena ‘rumah’-nya kini, hanya beralaskan bumi dan beratapkan langit.

Sunday, January 9, 2011

MASUK SURGA TANPA HISAB

ORANG yang masuk surga ada 3 macam, yaitu:
  • Langsung masuk surga tanpa hisab (dihitung kebaikan dan keburukannya),
  • Masuk surga setelah dihisab, dan
  • Masuk surga setelah diadzab terlebih dahulu di neraka.

Tentunya semua orang akan mengidam-idamkan masuk surga tanpa harus masuk neraka. Tapi bagaimana caranya? Mungkin ini adalah pertanyaan yang terlintas di benak setiap orang secara spontan begitu membaca judul ini.