Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

PUASA BERKESAN BENTUK INSAN CEMERLANG

Ufuk Minda:
Bersama Prof Dr Sidek Baba
AL-QURAN dalam surah al-Baqarah, ayat 183 memberikan asas penting mengenai amalan puasa dalam membangun jiwa muttaqin. Penegasan al-Quran adalah wajar kerana roh manusia perlu dibimbing daripada tahap nafsu yang haiwani ke arah nafsu insani.


JIWA MUTTAQIN
    Proses pemurniaan jiwa (tazkiah an nafs) adalah jalan membangun jiwa muttaqin. Jiwa muttaqin bakal merintis jalan hidup ke arah kecemerlangan. Dalam surah al-Hujurat, ayat 13, Allah memberikan asas bahawa manusia yang terbaik atau cemerlang di sisi-Nya ialah orang yang muttaqin.